Sunday, June 21, 2015

Kehidupan ini satu Anugerah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi keupayaan untuk menghirup udara segar dan jantung masih berdegup untuk merangkak perlahan menempuh kehidupan ini. Kata kunci pada hari ini ialah Perlahan.

Dunia pada hari ini menuntut apa jua tindakan dilakukan pada kadar segera. Segera siapkan tugasan, segera aturkan perancangan semasa, segera buat bayaran bulanan yang sepatutnya dan segera-segera yang lain. Disebabkan segera ini maka ia mempengaruhi segera-segera yang lain.

Sedar atau tidak sedar sebenarnya kita juga begitu segera dan cepat melaksanakan solat terutamanya solat pada akhir waktu. Permainan "segera" yang disetkan di dalam kehidupan sebenar ialah untuk melalaikan diri kita daripada melakukan ibadah pada kadar yang sebenarnya. Perlukah kita membaca Al-Fatihah dengan laju, membaca Surah-surah lain pada kadar segera, rukuk cepat, sujud cepat dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, di dalam urusan ibadah ini seelok-eloknya diperlahankan bacaannya, dipanjangkan rukuk dan sujudnya.





No comments:

Post a Comment